banner

Pada masa ini, Homestay Terbaik Melaka mempunyai 3 buah Homestay iaitu di Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Taman Sentosa Bukit Beruang dan Taman Bukit Katil Permai

HOMESTAY TAMAN TASIK UTAMA, AYER KEROH

Kedudukan homestay ini adalah sangat strategik iaitu di 24 Jalan TU 18, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Homestay ini adalah kira-kira 5 minit memandu dari Tol Ayer Keroh. Selain itu, kedudukan strategik homestay ini membolehkan dengan pemanduan kurang dari 10 minit, anda boleh pergi ke mana-mana tempat tumpuan pelancong atau destinasi menarik di Ayer Keroh.


Homestay ini adalah jenis bertingkat kembar dua dan berklaster. (double storey semi detached cluster). Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur (1 bawah dan 3 atas) dan 3 bilik air. 3 bilik ada penghawa dingin. Antara kemudahan yang ada di homestay ini adalah semua bilik berkipas, 4 x katil dan 5 tilam queen, sofa di ruang tamu, set meja makan, televisyen, gas dan dapur untuk memasak, peti sejuk dan lain-lain.

Terdapat juga pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam bagi menjaga keselamatan

RM 250/hari untuk Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
RM 200/hari untuk Ahad - Khamis



HOMESTAY TAMAN SENTOSA, BUKIT BERUANG

Kedudukan homestay ini adalah sangat strategik iaitu di 24 Jalan Sentosa 17, Taman Sentosa, Bukit Beruang, Melaka. Homestay ini terletak ditengah antara bandar Melaka dan Ayer Keroh. 10 minit untuk ke Ayer Keroh dan 10 minit ke Melak Central.


Homestay ini adalah jenis setingkat kembar dua (single storey semi detached) bersaiz 40' x 80'. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air. 3 bilik ada penghawa dingin. Antara kemudahan yang ada di homestay ini adalah semua bilik berkipas, 4 tilam queen, sofa di ruang tamu, set meja makan, televisyen+ ASTRO, gas dan dapur untuk memasak, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain.

RM 250/hari untuk Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
RM 200/hari untuk Ahad - Khamis



HOMESTAY TAMAN BUKIT KATIL PERMAI

Kedudukan homestay ini adalah sangat strategik iaitu di 4 Jalan BKP4, Taman Bukit Katil Permai, Bukit Katil, Melaka. Homestay ini terletak di antara bandar Melaka, Ayer Keroh dan Banda Hilir. 10 minit untuk ke Ayer Keroh dan 10 minit ke Bandar Melaka dan 15 minit ke Banda Hilir.


Homestay ini mempunyai 3 bilik . Antara kemudahan yang ada di homestay ini adalah semua bilik berkipas, 3 tilam queen, aircond, sofa di ruang tamu, set meja makan, televisyen+ ASTRO, cerek elektrik dan lain-lain.

RM 150/hari untuk Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
RM 120/hari untuk Ahad - Khamis

Wednesday, 27 March 2013

Cara menentukan arah kiblat

Cara menentukan arah kiblat.

Didalam solat, menghadap pada arah kiblat termasuk syarat sah solat ertinya seseorang yang akan solat wajib baginya untuk berijtihad/berusaha untuk mengetahui arah kiblat yang dia yakini. Sebab jika orang tadi setelah solat dia mengetahui bahwa arah kiblatnya salah baik dari dirinya sendiri maupun dari orang lain maka dia wajib mengulangi solatnya jika cukup waktu.

Di bawah ini beberapa panduan yang boleh digunakan bagi tujuan menentukan arah kiblat :

Kaedah 1 :

Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Badabur Orion). Namun kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 2 :

Dengan memandang ke arah langit pada malam gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris) . Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini, arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini juga memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 3 :

Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

Kaedah 4 :

Dengan menggunakan posisi awal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya boleh berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.

Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinok.

Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan menyebabkan sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat.

Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16:16 tengahari waktu di makkah dan bersamaan 5:16 petang waktu di Malaysia. Pacakkan sebarang tiang di kawasan yang lapang untuk menentukan arah kiblat.

Tepat jam 5:16 petang bayang matahari yang jatuh itu adalah bertepatan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya adalah disebelah timur,jadi arah kiblat ialah arah yang berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.

sumber:https://zakatsel.com.my/baru/ibadah/musafir_kiblat.asp

Kaedah 5 :

Paling senang nak cari arah kiblat adalah menggunakan kompas atau sekarang dah ada kompas kiblat. Contoh kompas macam gambar kat bawah. Ramai yang beli kompas ni tapi tak reti guna [pengalaman sendiri]. Mereka pusingkan kompas hingga jarum merah menunjukkan arah bertanda kaabah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.

Kita perlu faham bahawa jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Kaabah tidak mengeluarkan medan magnet, maka tiada satu jarum kompas dalam dunia ni dapat mencari kaabah. Yang perlu kita lakukan ialah mencari di mana kedudukan kaabah dari tempat kita berada.

Pada kompas kiblat, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Nombor ni menunjukkan bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi kaaabah. Jika di malaysia kita perlu memusingkan kompas kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Kaabah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara (jarum merah) berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol kaabah adalah arah kiblat yang betul.

Sumber: http://blogs.iium.edu.my/jaiz/2009/11/06/penggunaan-kompas-atau-sejadah-berkompas-dalam-menentukan-arah-kiblat/

Sunday, 24 February 2013

Hotel-Hotel Pilihan Lain

Kepada sesiapa yang ingin percutian keluarga di sekitar Malaysia sila klik

http://www.leisureholidays.com.my/resort/resort-main.htm

Apa yang anda dapat?

-11 pilihan resort yang menarik (Paradise Malacca Village telah digugurkan)

-Prasarana resort- kolam renang, gym, kelengkapan dapur penuh, indoor games dsbnya. (Tertakluk kepada resort berkenaan).

-Harga yang ditawarkan sangat memuaskan

-Boleh memuatkan 2 hingga 3 keluarga dalam satu-satu masa.

Bagaimana untuk menempah?

Untuk pertanyaan sila hubungi 019-3339519 atau 06-7581055

SMS

Nama Penuh

No Mykad

Tarikh masuk dan tarikh keluar (minimum 3 hari 2 malam hari bekerja sahaja)

Salinan Mykad (dlm format PDF atau JPEG) dan emailkan ke...

syahrul_ecc@yahoo.com

Nota:

1) Tempahan mestilah dibuat dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh masuk.

2) Tempahan minimum adalah 3 hari 2 malam

3) Tempahan hanyalah pada hari bekerja sahaja. Tempahan tidak sah pada cuti, persekolahan, cuti umum dan cuti hujung minggu

4) Peraturan lain tertakluk kepada resort berkenaan.

5) Sarapan pagi percuma tidak disediakan

Friday, 25 January 2013

Doa Harian

Doa – Sebagai orang Islam adalah tidak patut untuk kita tidak mengamalkan doa-doa seharian yang peting. Sekurang-kurangnya hanya dengan membaca Bismillah ketika memulakan sesuatu. Moga-moga kita dilindungi dari hasutan & ganguan syatian yang tidak kenal erti putus asa ini. Doa masuk rumah.

“Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakal.”

Doa keluar rumah.

“Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan izin Allah”

Memberi salam……..

Di antara masa yang disarankan untuk mengucapkan salam ialah bukan sahaja ketika hendak masuk ke rumah orang lain bahkan juga ketika hendak masuk ke rumah sendiri. Perkara ini ada dalam firman Allah s.w.t.:

Tafsirnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada sesiapa yang seperti kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” (Surah an-Nûr: 61)

Menurut Syeikh Nashr bin Muhammad as-Samarqandi di dalam kitabnya Bustân al-Ârifîn, tuntutan memberi salam menerusi ayat di atas itu merangkumi dua keadaan, iaitu sama ada memberi salam ke atas ahli keluarga yang ada di rumah pada ketika itu, ataupun memberi salam ke atas dirinya sendiri jika tidak ada orang di dalam rumah.

Bagaimana caranya memberi salam ke atas diri sendiri? Caranya ialah dengan mengucapkan: Assalamu'alaina wa'ala 'ibadillahis solihin yang bermaksud: “Sejahteralah ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.”

Monday, 21 January 2013

Wonderland Theme Park, Ayer Keroh

Wonderland - Selain daripada Taman Tema A'Famosa Water World yang terletak di Alor Gajah, kini pelancong boleh bersantai bersama keluarga di Melaka Wonderland. Taman tema terbaru di bina pada keluasan 23 ekar dikawasan "hot spot" pelancongan iaitu Ayer Keroh. Taman ini telah beroperasi pada April 2010. Pada hari biasa taman tema akan dibuka dari pukul 11 pagi hingga 7 malam manakala pada hujung minggu pula ia beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.Isnin tutup (except public & school holiday). Selain dari lokasi yang strategik, tarikan utama di Wonderland ini adalah 12 permainnan air yang ditawarkan sedang menanti anda antaranya Kamikaze Race, Wave Rider, Anaconda Twister, Crazy Slide, Rexy Ride, Family Jollies, Tornado Chaser, Wave Pool dan Lazy Cum Crazy. Tornado Chaser: Penglaman merasai sendiri bagaimana berada didalam pusaran puting beliung yang langsung tidak manakutkan malah mengembirakan. Berpusing didalam mangkuk (bowl), kemudian dihanyutkan kedalam terowong gelap sebelum jatuh kedalam kolam disebelah bawahnya. Pasti seronok! Kamikaze Race: ‘Hi-way” 6 lorong ini pasti megujakan anda!.. Mana tidaknya untuk sampai ke kolam dibawah, anda perlu meniarap dan meluncur laju dengan kepala dihadapkan ke hadapan. Get set goooo!!!! Tetapi bagi pelancong yang tidak mahu diri mereka basah, ada aktiviti lain yang boleh mereka buat disana. Mereka boleh memilih sama ada hendak bermain paintball, driff cart, mencuba Personal Transporter, mengelilingi taman degan tram, bermain Arcade Game atau sekurang kurangnya melawat dan bergambar di Dinasour Park. Anda jangan resah kerana kemudahan asas lain juga disediakan dengan baik. Ada tempat ynag selesa untuk anda berehat untuk makan & minum. Tandas dan shower room juga disediakan untuk menyalin pakaian. Solat juga penting, maka dengan itu surau yang sempurna juga disediakan . Percayalah kunjungan anda kesini pasti menjadi kenangan yang menarik dan menyeronokan. Janngan lupa ye upload gambar dalam FB.. Jom melawat Melaka..Memang berbaloi.

Friday, 7 December 2012

HOMESTAY BUKIT KATIL PERMAI

Kedudukan homestay ini adalah sangat strategik iaitu di 4 Jalan BKP4, Taman Bukit Katil Permai, Bukit Katil, Melaka. Homestay ini terletak di antara bandar Melaka, Ayer Keroh dan Banda Hilir. 10 minit untuk ke Ayer Keroh dan 10 minit ke Bandar Melaka dan 15 minit ke Banda Hilir. Homestay ini mempunyai 3 bilik . Antara kemudahan yang ada di homestay ini adalah semua bilik berkipas, 3 tilam queen, aircond, sofa di ruang tamu, set meja makan, televisyen+ ASTRO, cerek elektrik dan lain-lain.

Wednesday, 28 November 2012

HOMESTAY TAMAN SENTOSA, BUKIT BERUANG

Kami juga menawarkan sebuah Homestay di Taman Sentosa berdekatan Bukit Beruang. Kedudukan Homestay ini adalah 5 minit dari Jusco/Melaka Mall. Disertakan gambar bagi homestay ini untuk rujukan para tetamu.