Wonderland -
Selain daripada Taman Tema A'Famosa Water World yang terletak di Alor Gajah, kini pelancong boleh bersantai bersama keluarga di Melaka Wonderland. Taman tema terbaru di bina pada keluasan 23 ekar dikawasan "hot spot" pelancongan iaitu Ayer Keroh. Taman ini telah beroperasi pada April 2010. Pada hari biasa taman tema akan dibuka dari pukul 11 pagi hingga 7 malam manakala pada hujung minggu pula ia beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.Isnin tutup (except public & school holiday).
Selain dari lokasi yang strategik, tarikan utama di Wonderland ini adalah 12 permainnan air yang ditawarkan sedang menanti anda antaranya Kamikaze Race, Wave Rider, Anaconda Twister, Crazy Slide, Rexy Ride, Family Jollies, Tornado Chaser, Wave Pool dan Lazy Cum Crazy.
Tornado Chaser:
Penglaman merasai sendiri bagaimana berada didalam pusaran puting beliung yang langsung tidak manakutkan malah mengembirakan. Berpusing didalam mangkuk (bowl), kemudian dihanyutkan kedalam terowong gelap sebelum jatuh kedalam kolam disebelah bawahnya. Pasti seronok!

Kamikaze Race:
‘Hi-way” 6 lorong ini pasti megujakan anda!.. Mana tidaknya untuk sampai ke kolam dibawah, anda perlu meniarap dan meluncur laju dengan kepala dihadapkan ke hadapan. Get set goooo!!!!

Tetapi bagi pelancong yang tidak mahu diri mereka basah, ada aktiviti lain yang boleh mereka buat disana. Mereka boleh memilih sama ada hendak bermain paintball, driff cart, mencuba Personal Transporter, mengelilingi taman degan tram, bermain Arcade Game atau sekurang kurangnya melawat dan bergambar di Dinasour Park.

Anda jangan resah kerana kemudahan asas lain juga disediakan dengan baik. Ada tempat ynag selesa untuk anda berehat untuk makan & minum. Tandas dan shower room juga disediakan untuk menyalin pakaian. Solat juga penting, maka dengan itu surau yang sempurna juga disediakan .
Percayalah kunjungan anda kesini pasti menjadi kenangan yang menarik dan menyeronokan. Janngan lupa ye upload gambar dalam FB..
Jom melawat Melaka..Memang berbaloi.
No comments:
Post a Comment