banner

Pada masa ini, Homestay Terbaik Melaka mempunyai 3 buah Homestay iaitu di Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Taman Sentosa Bukit Beruang dan Taman Bukit Katil Permai

HOMESTAY TAMAN TASIK UTAMA, AYER KEROH

Kedudukan homestay ini adalah sangat strategik iaitu di 24 Jalan TU 18, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Homestay ini adalah kira-kira 5 minit memandu dari Tol Ayer Keroh. Selain itu, kedudukan strategik homestay ini membolehkan dengan pemanduan kurang dari 10 minit, anda boleh pergi ke mana-mana tempat tumpuan pelancong atau destinasi menarik di Ayer Keroh.


Homestay ini adalah jenis bertingkat kembar dua dan berklaster. (double storey semi detached cluster). Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur (1 bawah dan 3 atas) dan 3 bilik air. 3 bilik ada penghawa dingin. Antara kemudahan yang ada di homestay ini adalah semua bilik berkipas, 4 x katil dan 5 tilam queen, sofa di ruang tamu, set meja makan, televisyen, gas dan dapur untuk memasak, peti sejuk dan lain-lain.

Terdapat juga pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam bagi menjaga keselamatan

RM 250/hari untuk Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
RM 200/hari untuk Ahad - Khamis



HOMESTAY TAMAN SENTOSA, BUKIT BERUANG

Kedudukan homestay ini adalah sangat strategik iaitu di 24 Jalan Sentosa 17, Taman Sentosa, Bukit Beruang, Melaka. Homestay ini terletak ditengah antara bandar Melaka dan Ayer Keroh. 10 minit untuk ke Ayer Keroh dan 10 minit ke Melak Central.


Homestay ini adalah jenis setingkat kembar dua (single storey semi detached) bersaiz 40' x 80'. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air. 3 bilik ada penghawa dingin. Antara kemudahan yang ada di homestay ini adalah semua bilik berkipas, 4 tilam queen, sofa di ruang tamu, set meja makan, televisyen+ ASTRO, gas dan dapur untuk memasak, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain.

RM 250/hari untuk Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
RM 200/hari untuk Ahad - Khamis



HOMESTAY TAMAN BUKIT KATIL PERMAI

Kedudukan homestay ini adalah sangat strategik iaitu di 4 Jalan BKP4, Taman Bukit Katil Permai, Bukit Katil, Melaka. Homestay ini terletak di antara bandar Melaka, Ayer Keroh dan Banda Hilir. 10 minit untuk ke Ayer Keroh dan 10 minit ke Bandar Melaka dan 15 minit ke Banda Hilir.


Homestay ini mempunyai 3 bilik . Antara kemudahan yang ada di homestay ini adalah semua bilik berkipas, 3 tilam queen, aircond, sofa di ruang tamu, set meja makan, televisyen+ ASTRO, cerek elektrik dan lain-lain.

RM 150/hari untuk Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
RM 120/hari untuk Ahad - Khamis

Friday, 25 January 2013

Doa Harian

Doa – Sebagai orang Islam adalah tidak patut untuk kita tidak mengamalkan doa-doa seharian yang peting. Sekurang-kurangnya hanya dengan membaca Bismillah ketika memulakan sesuatu. Moga-moga kita dilindungi dari hasutan & ganguan syatian yang tidak kenal erti putus asa ini. Doa masuk rumah.

“Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakal.”

Doa keluar rumah.

“Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan izin Allah”

Memberi salam……..

Di antara masa yang disarankan untuk mengucapkan salam ialah bukan sahaja ketika hendak masuk ke rumah orang lain bahkan juga ketika hendak masuk ke rumah sendiri. Perkara ini ada dalam firman Allah s.w.t.:

Tafsirnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada sesiapa yang seperti kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” (Surah an-Nûr: 61)

Menurut Syeikh Nashr bin Muhammad as-Samarqandi di dalam kitabnya Bustân al-Ârifîn, tuntutan memberi salam menerusi ayat di atas itu merangkumi dua keadaan, iaitu sama ada memberi salam ke atas ahli keluarga yang ada di rumah pada ketika itu, ataupun memberi salam ke atas dirinya sendiri jika tidak ada orang di dalam rumah.

Bagaimana caranya memberi salam ke atas diri sendiri? Caranya ialah dengan mengucapkan: Assalamu'alaina wa'ala 'ibadillahis solihin yang bermaksud: “Sejahteralah ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.”

No comments:

Post a Comment