Didalam solat, menghadap pada arah kiblat termasuk syarat sah solat ertinya seseorang yang akan solat wajib baginya untuk berijtihad/berusaha untuk mengetahui arah kiblat yang dia yakini. Sebab jika orang tadi setelah solat dia mengetahui bahwa arah kiblatnya salah baik dari dirinya sendiri maupun dari orang lain maka dia wajib mengulangi solatnya jika cukup waktu.
Di bawah ini beberapa panduan yang boleh digunakan bagi tujuan menentukan arah kiblat :
Kaedah 1 :
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Badabur Orion). Namun kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.
Kaedah 2 :
Dengan memandang ke arah langit pada malam gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris) . Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini, arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini juga memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.
Kaedah 3 :
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.
Kaedah 4 :
Dengan menggunakan posisi awal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya boleh berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.
Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinok.
Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan menyebabkan sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat.
Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16:16 tengahari waktu di makkah dan bersamaan 5:16 petang waktu di Malaysia. Pacakkan sebarang tiang di kawasan yang lapang untuk menentukan arah kiblat.
Tepat jam 5:16 petang bayang matahari yang jatuh itu adalah bertepatan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya adalah disebelah timur,jadi arah kiblat ialah arah yang berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.
sumber:https://zakatsel.com.my/baru/ibadah/musafir_kiblat.asp
Kaedah 5 :
Paling senang nak cari arah kiblat adalah menggunakan kompas atau sekarang dah ada kompas kiblat. Contoh kompas macam gambar kat bawah. Ramai yang beli kompas ni tapi tak reti guna [pengalaman sendiri]. Mereka pusingkan kompas hingga jarum merah menunjukkan arah bertanda kaabah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.
Kita perlu faham bahawa jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Kaabah tidak mengeluarkan medan magnet, maka tiada satu jarum kompas dalam dunia ni dapat mencari kaabah. Yang perlu kita lakukan ialah mencari di mana kedudukan kaabah dari tempat kita berada.
Pada kompas kiblat, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Nombor ni menunjukkan bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi kaaabah. Jika di malaysia kita perlu memusingkan kompas kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Kaabah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara (jarum merah) berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol kaabah adalah arah kiblat yang betul.
Sumber: http://blogs.iium.edu.my/jaiz/2009/11/06/penggunaan-kompas-atau-sejadah-berkompas-dalam-menentukan-arah-kiblat/
No comments:
Post a Comment